Search This Blog

Mar 26, 2020

Tak Selesanya Mata Kering!


Tahukah anda mata kering berlaku disebabkan oleh mata kita kurang menghasilkan air yang boleh  melembabkan mata secara semulajadi. Fungsi air mata sangat penting dalam mengekalkan kesihatan mata untuk memberi penglihatan yang jelas. Sekiranya air mata berkurangan, ia boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan rasa kurang selesa pada mata.

 Apakah fungsi utama air mata ?


 Air mata sangat penting bagi organ mata untuk :

•          Membantu memberikan pelinciran pada permukaan mata,
•          Mengurangkan risiko jangkitan mata,
•          Mengeluarkan bendasing dalam mata dan
•          Menjaga permukaan mata agar licin serta rata.

Mata kering terjadi akibat daripada ketidakseimbangan antara penghasilan dan pengaliran air mata keluar dari bahagian mata. Air mata dihasilkan oleh kelenjar air mata (lacrimal gland) dan beberapa kelenjar aksesori yang terdapat di sekitar kelopak mata.
Adakah sebab atau punca air mata boleh berkurangan ?
Jawapannya , ya!
Terdapat sebahagian individu yang menghasilkan air mata yang sedikit, terutamanya apabila seseorang itu mengalami :
·         Peningkatan usia,
·         Masalah kesihatan (seperti artritis Rheumatoid),
·         Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
·         Keadaan persekitaran seperti angin dan iklim yang kering juga boleh menjejaskan jumlah air mata dengan peningkatan penyejatan air mata.




Menurut kajian , air mata kita terdiri daripada 3 Lapisan . Iaitu :

1.      Lapisan minyak
- Berfungsi sebagai penghalang penyejatan lapisan air.

2.      Lapisan air
- Membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan nutrisi.

3.      Lapisan lendir (mukus)
- Berfungsi untuk penyebaran air mata yang sekata atas permukaan bola mata.

Pendek kata , air mata memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan  kelembapan mata kita. Ahli kesihatan juga sangat menggalakkan untuk memakai air mata palsu sekiranya seseorang itu mengalami gejala kekurangan air mata. Malah terdapat beberapa rawatan yang lain disarankan bagi merawat sesiapa yang mengalami masalah ini.

Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai rawatan mata kering boleh tekan di pautan ini .



No comments:

Post a Comment