Search This Blog

Mar 26, 2020

Tak Selesanya Mata Kering!


Tahukah anda mata kering berlaku disebabkan oleh mata kita kurang menghasilkan air yang boleh  melembabkan mata secara semulajadi. Fungsi air mata sangat penting dalam mengekalkan kesihatan mata untuk memberi penglihatan yang jelas. Sekiranya air mata berkurangan, ia boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan mata dan seterusnya menyebabkan rasa kurang selesa pada mata.

 Apakah fungsi utama air mata ?


 Air mata sangat penting bagi organ mata untuk :

•          Membantu memberikan pelinciran pada permukaan mata,
•          Mengurangkan risiko jangkitan mata,
•          Mengeluarkan bendasing dalam mata dan
•          Menjaga permukaan mata agar licin serta rata.

Mata kering terjadi akibat daripada ketidakseimbangan antara penghasilan dan pengaliran air mata keluar dari bahagian mata. Air mata dihasilkan oleh kelenjar air mata (lacrimal gland) dan beberapa kelenjar aksesori yang terdapat di sekitar kelopak mata.
Adakah sebab atau punca air mata boleh berkurangan ?
Jawapannya , ya!
Terdapat sebahagian individu yang menghasilkan air mata yang sedikit, terutamanya apabila seseorang itu mengalami :
·         Peningkatan usia,
·         Masalah kesihatan (seperti artritis Rheumatoid),
·         Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
·         Keadaan persekitaran seperti angin dan iklim yang kering juga boleh menjejaskan jumlah air mata dengan peningkatan penyejatan air mata.




Menurut kajian , air mata kita terdiri daripada 3 Lapisan . Iaitu :

1.      Lapisan minyak
- Berfungsi sebagai penghalang penyejatan lapisan air.

2.      Lapisan air
- Membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan nutrisi.

3.      Lapisan lendir (mukus)
- Berfungsi untuk penyebaran air mata yang sekata atas permukaan bola mata.

Pendek kata , air mata memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan  kelembapan mata kita. Ahli kesihatan juga sangat menggalakkan untuk memakai air mata palsu sekiranya seseorang itu mengalami gejala kekurangan air mata. Malah terdapat beberapa rawatan yang lain disarankan bagi merawat sesiapa yang mengalami masalah ini.

Untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai rawatan mata kering boleh tekan di pautan ini .



Mar 24, 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rabun?

Siapa kat sini yang rabun? Cuba angkat tangan sikit. Eh, ada yang tak angkat tangan tu mesti rasa macam mata okay sahaja kan? Kadang-kadang ada sahaja yang tak perasan sebenarnya mata dia sebenarnya ada rabun. Jadi, jom sama-sama baca artikel tentang rabun hari ini. Saya nak kongsikan kepada anda semua tentang rabun mata.


Anda tahu apa itu rabun? Rabun ni adalah suatu keadaan di mana pandangan mata seseorang menjadi kabur pada sesetengah tahap penglihatan. Pernahkah anda semua terfikir, bagaimana rabun ini boleh terjadi? Adakah semua orang mengalaminya? Sebenarnya, rabun ni terjadi disebabkan mata kita tak dapat nak membiaskan cahaya dengan baik untuk sesuatu objek atau imej itu sampai ke titik fokus mata kita yang kita panggil sebagai makula. Anda perlu tahu, cahaya kena melalui kornea mata dan kanta sebelum jatuh ke atas retina. Bila cahaya tak sampai pada titik fokus kita iaitu makula, dia ibarat cahaya tu tergantung di tengah-tengah mata. Itu yang menyebabkan mata anda kabur bila anda tak pakai cermin mata.



Kalau anda nak tahu, sebenarnya rabun mata ini ada banyak jenis. Nak bagi semua mudah faham, rabun ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu rabun dekat, rabun jauh dan rabun silau. Wah, rabun pun banyak jenis ya?  


Jenis-jenis Rabun


1. Rabun Jauh

Ada yang kat sini rabun jauh? Anda tahu tak apa sebenanrnya rabun jauh? Rabun jauh atau nama lainnya myopia ini sering berlaku kepada semua peringkat umur dimana seseorang itu menghadapi kesukaran melihat objek pada jarak jauh. Senang cerita, kalau ada orang tegur dari jauh kita tak nampak bila tak pakai cermin mata, itu tanda anda rabun jauh. Rabun jauh ini sebenarnya terjadi sebab ada pemanjangan bola mata. Cuba bayangkan bola mata kita ni seperti bola sepak yang berntuk bulat, bila dia memanjang dah jadi macam bola ragbi. Haa, boleh bayangkan tak? Macam itulah situasi mata anda kalau anda ada masalah rabun jauh. Bagi mata normal, sepatutnya imej atau cahaya terfokus pada retina anda tapi untuk mata rabun jauh ni, imej atau cahaya terfokus di hadapan retina. Macam saya kongsikan tadi, cahaya tu tergantung kat tengah-tengah mata tak sampai pada titik fokus kita. Cahaya yang masuk ke dalam mata seharusnya fokus kepada retina dan bukan di hadapan retina.



2. Rabun Dekat

Kalau rabun dekat tu macam mana pulak? Rabun dekat ni lebih dikenali sebagai hyperopia. Bagi mereka yang mengalami rabun dekat, pandangan mata mereka menjadi terhad bagi pandangan jarak dekat seperti melihat telefon, membaca buku atau Al-Quran. Kenapa rabun dekat boleh terjadi? Hal ini terjadi disebabkan keadaan bola mata yang pendek sejak azali semasa lahir. Bola mata yang berbentuk bulat macam bola sepak tadi tu kan dah jadi mengecil dan pendek. Apa yang terjadi, cahaya yang memasuki mata melebihi titik fokus iaitu retina menjadikan objek kelihatan kabur, tidak jelas. Macam terbabas la cahaya tu sebab dah terlebih pancar pula.


3. Rabun Silau

Yang ketiga ni kebanyakan orang sebenarnya ada tapi kadang tak sedar pun. Rabun silau atau astigmatism adalah keadaan di mana mata susah nak tengok objek atau kawasan bercahaya. Cahaya daripada imej ataupun objek ni terfokus depan retina, di belakang retina atau kedua-duanya menyebabkan pembiasan cahaya berlaku ke arah berlainan. Silau ni sebenarnya disebabkan oleh permukaan atau bentuk kornea mata kita yang tidak rata. Kornea mata ni lapisan paling hadapan pada mata kita. Kebiasaannya mereka yang mengalami silau akan melihat objek kelihatan seperti kabur dan herot. Kalau memandu malam tu nampak cahaya kereta depan jadi kembang dan anda pun jadi tak selesa!



Nak tahu lebih lagi tentang rabun, gejala, dan rawatan- rawatannya? Teruskan membaca di sini!

Mar 16, 2020

Tentang Mata | Saufidatul Ailin


Ikuti perkongsian pengalaman Saudari Saufidatul Ailin yang bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di Pusat Mata Prof Muhaya.

Beliau antara staf yang berpengalaman berinteraksi dan berurusan dengan pesakit. Beliau menemui pelbagai jenis pesakit, dari pelbagai peringkat umur.

Dengarkan perkongsian yang tidak dapat beliau lupakan sepanjang bertugas di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre.

Klik untk mendaftar.

#6 Bebas Rabun : "Sekarang Dah Boleh Main Bola"


Dengan power 500++, keinginan dan hobi saya untuk bermain bola selalu tersekat, kerana takutkan cermin mata patah. Ternyata, keputusan untuk datang ke Prof Muhaya Eye & LASIK Centre memang pilihan yang tepat.

Selepas menjalani rawatan bebas rabun, kini saya bebas bermain bola dan aktiviti lain tanpa rasa takut.  Dulu tanpa spek, saya langsung tidak nampak apa- apa, tetapi sekarang, alhamdulillah! Kehidupan saya kini nyata telah berubah.

Terima kasih Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, Syukur Alhamdulillah!

#6 Katarak : Tidak Sakit, Alhamdulillah


Wah, gembira betul pesakit di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre setelah kini memperoleh penglihatannya semula sesudah menjalani pembedahan katarak. Hampir kesemua pesakit di PMELC mengatakan katarak tidak sakit, tidak rasa apa- apa, amat sekejap dan lain- lain lagi. Sekiranya ibu bapa anda takut menjalani pembedahan, tunjukkan mereka video- video ini, dan dengar sendiri apa kata pesakit kami tentang rawatan PMELC! Mudah- mudahan, kita semua beroleh manfaat, dan kesihatan berpanjangan. Amin.

Mar 4, 2020

#5 Katarak : Pembedahan Yang Mengejutkan



Alhamdulillah, saya telah menjalani rawatan katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre pada hari yang sama saya melakukan pemeriksaan penuh untuk mata saya.

Doktor mendiagnosis mata saya mempunyai katarak, dan menasihati saya untuk melakukan pembedahan.

Saya seorang yang amat takut apabila mendengar perkataan permbedahan. Doktor menenangkan saya dan mengatakan pembedahan ini tidak sakit dan sekejap sahaja. Saya tidak percaya, dan saya yakin bahawa pembedahan ini pasti menyakitkan.

Tetapi, apabila memikirkan kesukaran saya melakukan aktiviti harian dengan penglihatan yang terhad ini, saya mengambil keputusan untuk terus membuat pembedahan.

Dan AMAT MENGEJUTKAN!

Pembedahan amat sekejap, dan seriously, langsung tidak sakit!

Saya amat tidak percaya!

Alhamdulillah syukur untuk nikmat penglihatan semula.

Terima kasih Doktor, dan terima kasih semua warga kerja Prof Muhaya Eye & LASIK Centre!

#5 Rabun : "Flapless.. Rawatan yang Berbaloi"



Alhamdulillah, saya telah menjalani rawatan Flapless di Pusat Mata Prof Muhaya.

Sangat tak sakit, dan alhamdulillah dah tiga minggu daripada tarikh pembedahan, mata saya berada dalam keadaan yang baik!

Saya sangat mencadangkan Pusat Mata Prof Muhaya untuk masyarakat di luar sana,

Tidak dinafikan kosnya yang tinggi, tapi in sha Allah! Ia rawatan yang sangat berbaloi!

Terima kasih Pusat Mata Prof Muhaya!

Mar 3, 2020

Mar 2, 2020

#4 Katarak : "Gembira, Kini Penglihatan Kembali Sedia Kala"



Alhamdulillah, penglihatan saya kini sudah kembali sihat seperti sedia kala. Saya berasa amat gembira. Dulu, isteri saya yang hadir ke sini untuk pembedahan, kini saya menyusul pula selepas beliau menghabiskan tempoh penyembuhannya.

Pembedahan katarak amat sekejap, proses penyembuhan juga amat sekejap dan ia memberikan nafas baru kepada penglihatan saya. Alhamdulillah!

Saya ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih saya kepada Doktor yang menjalankan pembedahan katarak ke atas saya, Dr Azura... dan seluruh team Prof Muhaya Eye & LASIK Centre!

Very good!

#3 Katarak : "Servis Yang Bagus"



Alhamdulillah, memang tepat pilihan saya untuk menjalani pembedahan katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre (PMELC).

Servis yang sangat bagus, proses yang sangat jelas, di mana Doktor memberikan keterangan dan konsultasi yang amat baik dan mudah difahami oleh pesakit.

Saya amat menggalakkan semua untuk datang ke Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, jangan risau... Proses pembedahan adalah amat cepat, mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja!

Syukur, alhamdulillah. Terima kasih Prof Muhaya Eye & LASIK Centre.

#2 Katarak : Dulu vs Sekarang



Alhamdulillah, makcik kini berasa amat puat hati dengan servis dan prosedur katarak yang dijalankan di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre.

Dulu... penglihatan makcik kabur, ke sana ke sini pun teraba- raba... Tapi kini setelah menjalani pembedahan, penglihatan sangat jelas! Boleh berjalan ke sana ke mari tanpa bantuan... Sangat beruntung, alhamdulillah.

Terima kasih kepada Doktor yang menjalankan pembedahan katarak saya, terima kasih kepada semua staff PMELC. Terima kasih semua! Alhamdulillah, syukur!


#4 Rabun : "Rawatan yang Rendah Risiko"



Alhamdulillah, saya dah menjalani rawatan bebas rabun di Pusat Mata Prof Muhaya.

In sha Allah saya dalam perjalanan mendapatkan penglihatan yang telah lama saya idamkan, tanpa perlu memakai cermin mata dan kanta lekap.

Jangan takut, rawatan ini rendah risiko dan telah banyak testimonial kejayaan pembedahan ini di PMELC.

Terima kasih Pusat Mata Prof Muhaya!

#3 Rabun : "Penglihatan Sangat Sangat Terang"



Alhamdulillah, 2 minggu dah rupanya saya menjalani rawatan di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre. Hari ini saya datang untuk follow up, penglihatan saya sangat- sangat terang! Syukur!

Dulu, penglihatan saya amat terbatas tanpa cermin mata. Kni, bila bangun pagi, langit yang cerah, keindahan alam dapat saya nikmati dengan sepasang mata saya tanpa bantuan cermin mata!

Alhamdulillah syukur! Jom bebas rabun, servis sangat memuaskan!

Terima kasih Prof Muhaya Eye & LASIK Centre!

#2 Rabun : "Tiada Lagi Insiden Tarik Cermin Mata"



Alhamdulillah, selepas 3 tahun meninjau laman web Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, menonton testimonial di page Prof Muhaya, saya mendapat ilham untuk datang dan mendapatkan rawatan bebas rabun di PMELC.

Kini, saya tidak perlu lagi berhadapan dengan insiden di mana anak saya menarik- narik cermin mata saya dan melemparkannya ke tempat lain! Saya sudah bebas rabun, anda bila lagi?

Alhamdulillah, terima kasih Prof Muhaya Eye & LASIK Centre!