Search This Blog

Nov 20, 2020

 

SAYA 50+, TAPI SAYA PUN NAK BEBAS RABUN JUGA!

Wah, sampai macam tu sekali tajuk kita hari ini. Saya macam terdengar suara-suara kecil yang macam terasa hati sebab saya tak kongsikan rawatan bebas rabun untuk mereka yang tak sesuai buat LASIK, Flapless dan IPCL disebabkan faktor usia. Alahai, janganlah merajuk. Seperti yang saya janjikan, saya nak berkonsi tentang rawatan bebas rabun yang keempat dan terakhir iaitu RLE.




RLE tu apa? RLE atau nama panjangnya Refractive Lens Exchange ni adalah salah satu prosedur bebas rabun juga. Prosedur ini selalu dicadangkan kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas atas beberapa faktor. Apa faktornya? Kejap lagi saya akan kongsikan kepada anda. Kalau betul-betul dah tekad tak nak pakai cermin mata, anda boleh cuba untuk memilih prosedur ni.




Siapa yang layak buat RLE?

Siapa sebenarnya boleh buat rawatan bebas rabun RLE ni? Kalau nak tahu, kat bawah ni saya dah tuliskan untuk anda untuk memudahkan anda memahami siapa yang layak buat RLE. Antara mereka yang boleh buat RLE ini ialah:


1.    Mereka yang berusia 50 tahun ke atas

2.    Menghadapi kesukaran membaca kerana faktor umur

3.    Power mata yang stabil sekurang-kurangnya untuk 2 tahun

4.    Mata yang sihat


Kelebihan RLE?

Anda tahu tak terdapat banyak kelebihan prosedur RLE ni? Semangat tak nak tahu tentang kelebihan rawatan ni? Teruskan membaca semua.

1.Penyembuhan yang cepat

2.Cara hidup menjadi lebih baik

3.Prosedur yang cepat

4.Tidak perlu menjalani pembedahan katarak pada masa hadapan

 

Bagaimana Prosedur ini Dilakukan?

Prosedur RLE ini akan dimulakan dengan mengambil tekanan darah dan bacaan kandungan gula dalam darah. Anda tak perlulah risau kerana prosedur ni tak ambil masa lama pun. Selepas itu, anak mata anda akan dikembangkan dan dikebaskan untuk kelancaran proses pembedahan nanti.

Mula-mula sekali, lapisan kornea mata anda akan dibuka sedikit. Kemudian, kanta asli mata akan dikeluarkan dan digantikan dengan IOL iaitu kanta sintetik yang bersesuaian dengan mata anda. Prosedur yang sangat mudah dan cepat sampai anda pun tak sedar dah selesai dah prosedur tu. Semasa dalam bilik pembedahan, anda sebenarnya tak sedar pun pembedahan tu berlaku sebab mata anda tak rasa apa-apa pun kesan dari ubat kebas yang telah dititiskan sebelum pembedahan bermula.



Jadi apa anda tunggu lagi? Prosedur yang sangat mudah dan beri penyembuhan yang cepat untuk anda adalah pilihan yang terbaik untuk bebas rabun. Selamat tinggal cermin mata untuk selamanya.

 


No comments:

Post a Comment