Search This Blog

Nov 20, 2020

 

SAYA 50+, TAPI SAYA PUN NAK BEBAS RABUN JUGA!

Wah, sampai macam tu sekali tajuk kita hari ini. Saya macam terdengar suara-suara kecil yang macam terasa hati sebab saya tak kongsikan rawatan bebas rabun untuk mereka yang tak sesuai buat LASIK, Flapless dan IPCL disebabkan faktor usia. Alahai, janganlah merajuk. Seperti yang saya janjikan, saya nak berkonsi tentang rawatan bebas rabun yang keempat dan terakhir iaitu RLE.




RLE tu apa? RLE atau nama panjangnya Refractive Lens Exchange ni adalah salah satu prosedur bebas rabun juga. Prosedur ini selalu dicadangkan kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas atas beberapa faktor. Apa faktornya? Kejap lagi saya akan kongsikan kepada anda. Kalau betul-betul dah tekad tak nak pakai cermin mata, anda boleh cuba untuk memilih prosedur ni.




Siapa yang layak buat RLE?

Siapa sebenarnya boleh buat rawatan bebas rabun RLE ni? Kalau nak tahu, kat bawah ni saya dah tuliskan untuk anda untuk memudahkan anda memahami siapa yang layak buat RLE. Antara mereka yang boleh buat RLE ini ialah:


1.    Mereka yang berusia 50 tahun ke atas

2.    Menghadapi kesukaran membaca kerana faktor umur

3.    Power mata yang stabil sekurang-kurangnya untuk 2 tahun

4.    Mata yang sihat


Kelebihan RLE?

Anda tahu tak terdapat banyak kelebihan prosedur RLE ni? Semangat tak nak tahu tentang kelebihan rawatan ni? Teruskan membaca semua.

1.Penyembuhan yang cepat

2.Cara hidup menjadi lebih baik

3.Prosedur yang cepat

4.Tidak perlu menjalani pembedahan katarak pada masa hadapan

 

Bagaimana Prosedur ini Dilakukan?

Prosedur RLE ini akan dimulakan dengan mengambil tekanan darah dan bacaan kandungan gula dalam darah. Anda tak perlulah risau kerana prosedur ni tak ambil masa lama pun. Selepas itu, anak mata anda akan dikembangkan dan dikebaskan untuk kelancaran proses pembedahan nanti.

Mula-mula sekali, lapisan kornea mata anda akan dibuka sedikit. Kemudian, kanta asli mata akan dikeluarkan dan digantikan dengan IOL iaitu kanta sintetik yang bersesuaian dengan mata anda. Prosedur yang sangat mudah dan cepat sampai anda pun tak sedar dah selesai dah prosedur tu. Semasa dalam bilik pembedahan, anda sebenarnya tak sedar pun pembedahan tu berlaku sebab mata anda tak rasa apa-apa pun kesan dari ubat kebas yang telah dititiskan sebelum pembedahan bermula.



Jadi apa anda tunggu lagi? Prosedur yang sangat mudah dan beri penyembuhan yang cepat untuk anda adalah pilihan yang terbaik untuk bebas rabun. Selamat tinggal cermin mata untuk selamanya.

 


Nov 13, 2020

ALTERNATIF BEBAS RABUN SELAIN LASIK?

 

Dah berapa lama pakai cermin mata tu? Mesti macam ingat-ingat lupa sebab katanya dah pakai dari zaman sekolah lagi sampailah sekarang. Mesti anda nak tahu serba sedikit tentang rawatan bebas rabun kan? Ni pun mesti ada juga yang kecewa sebab pernah baca artikel saya tentang siapa yang boleh buat LASIK atau Flapless lepastu dah datang meratapi nasib di tepi bucu katil. Saya tahu, mesti anda semua dah penat kan nak pakai cermin mata?


(gambar ihsan Google)


Cik abang seorang ni pun dah mula bersedih sebab nak juga merasa bebas rabun. Hari ini, saya ingin berkongsi kepada anda satu prosedur lain untuk bebas cermin mata iaitu IPCL. Implantable Phakic Contact Lens (IPCL) ini dikenali sebagai Implan IOL Phakic atau Implan Kanta Lekap. Ini adalah sejenis rawatan bebas rabun untuk mereka yang mempunyai rabun atau silau yang sangat tinggi. Prosedur IPCL ini menggunakan kanta khas yang akan diimplan di antara kornea dan iris mata tanpa perlu mengeluarkan kanta yang asal. Sebenarnya IPCL ini mempunyai fungsi yang sama seperi kanta lekap biasa. Namun begitu terdapat perbezaan di mana kanta lekap biasanya akan diletakkan di permukaan mata manakala IOL ini diletakkan di dalam mata anda. IOL Phakic ini tidak perlu dikeluarkan setiap hari untuk dibersihkan seperti kanta lekap biasa.


 

(gambar ihsan Google)


Siapa yang boleh buat IPCL?

Macam mana nak tahu saya ni layak ke tidak nak buat IPCL ni? Wah soalan yang bagus. Nampaknya anda dah mula tertarik dengan perkongsian hari ini. Mereka yang sesuai nak buat IPCL ni ialah:

1.    Umur 18 tahun keatas

2.   Keadaan struktur mata yang menepati ukuran untuk pembedahan (akan diukur semasa hari pemeriksaan)

3.       Mereka yang mempunyai rabun mata yang sangat tinggi

4.       Power cermin mata tu kenalah stabil sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun

5.       Mata mestilah kena sihat

6.       Bukan ibu mengandung ataupun menyusukan anak

7.       Rabun jauh dari 1000 hinggalah ke 2000

8.       Tidak sesuai menjalani LASIK atau Flapless


Kelebihan Rawatan IPCL

Kenapa ada yang macam sedih je tu? Lah, tak boleh nak buat LASIK atau Flapless ye? Jangan risau, IPCL ni pun ada juga kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan prosedur bebas rabun IPCL ini ialah:

1.       Pandangan mata yang jelas tanpa perlu bergantung dengan cermin mata / kanta lekap

2.       Tiada tisu yang dialihkan dari mata

3.  Kanta lekap implan yang diperbuat daripada bahan sintetik (TIADA UNSUR HAIWAN DIGUNAKAN!)


Prosedur IPCL

Wah, nampaknya dah mula tersenyum sampai ke telinga sebab ada rawatan lain untuk bebas rabun rupanya. Semangat tak nak teruskan pembacaan? Mari saya bawa anda membayangkan prosedur pembedahan IPCL ni supaya anda lebih bersedia mental dan fizikal.

Prosedur akan dimulakan dengan mengambil bacaan tekanan darah anda dan juga kandungan gula dalam darah. Setelah itu, mata yang akan menjalani pembedahan diletakkan ubat titis yang berfungsi untuk mengembangkan anak mata dan juga kebaskan mata supaya anda tak rasa apa-apa sewaktu pembedahan. Doktor akan membuat bukaan kecil pada lapisan kornea mata. Kemudian kanta lekap IOL akan diletakkan diantara iris mata dan juga kanta asli. Prosedur pembedahan adalah sangat cepat dan tidak memakan masa yang lama.


(gambar ihsan Google)


Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom buat rawatan bebas rabun dan ucapkan selamat tinggal buat selamanya kepada cermin mata dan kanta lekap anda.


(gambar ihsan Google)