Search This Blog

Oct 7, 2020

"Selamat Tinggal Cermin Mata Berkabus!"

Anda sedang menikmati minuman panas kegemaran anda di suatu pagi yang hening. Bila dah terasa nikmat kesedapan air tersebut, timbul pula masalah dimana cermin mata anda jadi berkabus disebabkan wap panas tu. Dah tak pasal-pasal kena tanggal cermin mata waktu nak minum. Terasa leceh tak bila berada dalam situasi tu? Mesti terdetik hati dah tak nak pakai cermin mata. Haa, mari datang dekat dan teruskan baca sehingga penghujung artikel saya hari ini. Saya akan kongsikan tentang rawatan bebas rabun iaitu Flapless.


FLAPLESS? Apa tu?

Siapa tahu apa itu Flapless? Flapless adalah salah satu prosedur bebas rabun yang paling terbaru dan popular dikalangan selebriti-selebriti tanahair kita. Anda boleh cuba tengok laman social Instagram artis seperti Lisa Surihani dan Nabil Mahir. Mereka banyak berkongsi tentang rawatan bebas rabun kepada para peminat tentang kelebihan Flapless ini. Ia adalah antara salah satu alternatif untuk mereka yang ingin bebas rabun buat selama-lamanya.


APAKAH SYARAT NAK JALANI FLAPLESS?

Sebelum anda nak teruskan dengan rawatan bebas rabun ni, saya nak cerita kepada anda tentang kriteria untuk seseorang nak buat Flapless ni dulu. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa kriteria yang anda perlu penuhi antaranya

  • Ketebalan kornea kena melebihi 470mm
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak mengandung atau menyusukan anak (kurang 6 bulan)
  • Mata kenalah sihat
  • Anda tiada masalah kesihatan yang lain
  • Bebas dari kanta lekap sekurang-kurangnya 10 hari

Kelebihan FLAPLESS

Sebelum saya berkongsi tentang prosedur pembedahan, jom kita baca sama-sama tentang kelebihan jika anda memilihi prosedur bebas rabun Flapless ini. Antara kelebihan prosedur ini ialah:

  • 1.    Proses yang pantas dan tempoh penyembuhan yang cepat
  • 2.    Cara penjagaan mata yang mudah selepas pembedahan
  • 3.    Bukaan yang kecil sahaja
  • 4.    Hanya menggunakan satu mesin laser sahaja

 

Nampaknya ada yang dah tertarik nak buat rawatan bebas rabun ni. Maklumlah, banyak kelebihan yang anda bakal dapat disamping tempoh penyembuhan yang cepat. Jadi saya pun nak bagi gambaran kepada anda semua tentang apa yang berlaku pada hari pembedahan nanti.

Bagaimana cara pembedahan ini dilakukan?

Prosedur dimulakan dengan meletakkan ubat kebas mata dan ubat kembangkan anak mata dimana kedua-dua ubat titis ini bertujuan untuk melancarkan prosedur pembedahan mata Flapless ini. Ubat kebas inilah yang akan membantu anda untuk tak rasa kesakitan pembedahan tu nanti.

Di awal pembedahan, pemotongan tisu kornea akan dilakukan menggunakan laser dan kemudian satu lapisan nipis tisu kornea dikeluarkan. Pandangan mata yang kabur akan kembali pulih dan boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata ataupun kanta lekap.

Eh, dah ada yang takut ke tu? Anda tak perlu risau, sebenarnya pembedahan Flapless ni cuma mengambil masa 10 minit sahaja bagi kedua-dua mata. Haa, cepatkan prosesnya?

Kalau anda bawa orang lain untuk menemani anda pada hari pembedahan, mereka pun boleh tengok pembedahan tu secara langsung di bilik kaca yang berlainan. Kiranya ada je yang menemani anda waktu pembedahan dan siap boleh ambil gambar dan video juga.


Jadi bagaimana?

Anda tertarik tak untuk bebas rabun selama-lamanya? Dah tak perlu untuk anda pening kepala memikirkan cermin mata yang perlu dibuat setiap tahu, ataupun memilih kanta lekap yang sesuai untuk anda. Dapatkan semula pandangan mata anda dengan rawatan bebas rabun di Prof Muhaya Eye and Lasik Centre. Berminat untuk mengetahui rawatan bebas rabun yang lain? KLIK saya!