Search This Blog

Mar 24, 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rabun?

Siapa kat sini yang rabun? Cuba angkat tangan sikit. Eh, ada yang tak angkat tangan tu mesti rasa macam mata okay sahaja kan? Kadang-kadang ada sahaja yang tak perasan sebenarnya mata dia sebenarnya ada rabun. Jadi, jom sama-sama baca artikel tentang rabun hari ini. Saya nak kongsikan kepada anda semua tentang rabun mata.


Anda tahu apa itu rabun? Rabun ni adalah suatu keadaan di mana pandangan mata seseorang menjadi kabur pada sesetengah tahap penglihatan. Pernahkah anda semua terfikir, bagaimana rabun ini boleh terjadi? Adakah semua orang mengalaminya? Sebenarnya, rabun ni terjadi disebabkan mata kita tak dapat nak membiaskan cahaya dengan baik untuk sesuatu objek atau imej itu sampai ke titik fokus mata kita yang kita panggil sebagai makula. Anda perlu tahu, cahaya kena melalui kornea mata dan kanta sebelum jatuh ke atas retina. Bila cahaya tak sampai pada titik fokus kita iaitu makula, dia ibarat cahaya tu tergantung di tengah-tengah mata. Itu yang menyebabkan mata anda kabur bila anda tak pakai cermin mata.



Kalau anda nak tahu, sebenarnya rabun mata ini ada banyak jenis. Nak bagi semua mudah faham, rabun ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu rabun dekat, rabun jauh dan rabun silau. Wah, rabun pun banyak jenis ya?  


Jenis-jenis Rabun


1. Rabun Jauh

Ada yang kat sini rabun jauh? Anda tahu tak apa sebenanrnya rabun jauh? Rabun jauh atau nama lainnya myopia ini sering berlaku kepada semua peringkat umur dimana seseorang itu menghadapi kesukaran melihat objek pada jarak jauh. Senang cerita, kalau ada orang tegur dari jauh kita tak nampak bila tak pakai cermin mata, itu tanda anda rabun jauh. Rabun jauh ini sebenarnya terjadi sebab ada pemanjangan bola mata. Cuba bayangkan bola mata kita ni seperti bola sepak yang berntuk bulat, bila dia memanjang dah jadi macam bola ragbi. Haa, boleh bayangkan tak? Macam itulah situasi mata anda kalau anda ada masalah rabun jauh. Bagi mata normal, sepatutnya imej atau cahaya terfokus pada retina anda tapi untuk mata rabun jauh ni, imej atau cahaya terfokus di hadapan retina. Macam saya kongsikan tadi, cahaya tu tergantung kat tengah-tengah mata tak sampai pada titik fokus kita. Cahaya yang masuk ke dalam mata seharusnya fokus kepada retina dan bukan di hadapan retina.



2. Rabun Dekat

Kalau rabun dekat tu macam mana pulak? Rabun dekat ni lebih dikenali sebagai hyperopia. Bagi mereka yang mengalami rabun dekat, pandangan mata mereka menjadi terhad bagi pandangan jarak dekat seperti melihat telefon, membaca buku atau Al-Quran. Kenapa rabun dekat boleh terjadi? Hal ini terjadi disebabkan keadaan bola mata yang pendek sejak azali semasa lahir. Bola mata yang berbentuk bulat macam bola sepak tadi tu kan dah jadi mengecil dan pendek. Apa yang terjadi, cahaya yang memasuki mata melebihi titik fokus iaitu retina menjadikan objek kelihatan kabur, tidak jelas. Macam terbabas la cahaya tu sebab dah terlebih pancar pula.


3. Rabun Silau

Yang ketiga ni kebanyakan orang sebenarnya ada tapi kadang tak sedar pun. Rabun silau atau astigmatism adalah keadaan di mana mata susah nak tengok objek atau kawasan bercahaya. Cahaya daripada imej ataupun objek ni terfokus depan retina, di belakang retina atau kedua-duanya menyebabkan pembiasan cahaya berlaku ke arah berlainan. Silau ni sebenarnya disebabkan oleh permukaan atau bentuk kornea mata kita yang tidak rata. Kornea mata ni lapisan paling hadapan pada mata kita. Kebiasaannya mereka yang mengalami silau akan melihat objek kelihatan seperti kabur dan herot. Kalau memandu malam tu nampak cahaya kereta depan jadi kembang dan anda pun jadi tak selesa!



Nak tahu lebih lagi tentang rabun, gejala, dan rawatan- rawatannya? Teruskan membaca di sini!

No comments:

Post a Comment