Tahukah anda mata
kering berlaku disebabkan oleh mata kita kurang menghasilkan air yang boleh melembabkan mata secara
semulajadi. Fungsi air mata sangat penting
dalam mengekalkan kesihatan mata untuk memberi penglihatan yang jelas.
Sekiranya air mata berkurangan, ia boleh mengakibatkan gangguan pada permukaan
mata dan seterusnya menyebabkan rasa kurang selesa pada mata.
Apakah fungsi utama air
mata ?
Air mata sangat penting bagi organ mata untuk :
• Membantu memberikan pelinciran pada
permukaan mata,
• Mengurangkan risiko jangkitan mata,
• Mengeluarkan bendasing dalam mata dan
• Menjaga permukaan mata agar licin
serta rata.
Mata
kering terjadi akibat daripada ketidakseimbangan antara penghasilan dan pengaliran
air mata keluar dari bahagian mata. Air mata dihasilkan oleh kelenjar air mata
(lacrimal gland) dan beberapa kelenjar aksesori yang terdapat di sekitar
kelopak mata.
Adakah sebab atau punca air mata boleh berkurangan ?
Jawapannya
, ya!
Terdapat
sebahagian individu yang menghasilkan air mata yang sedikit, terutamanya
apabila seseorang itu mengalami :
·
Peningkatan usia,
·
Masalah kesihatan
(seperti artritis Rheumatoid),
· Kesan sampingan
ubat-ubatan tertentu
· Keadaan persekitaran seperti angin dan iklim yang kering juga boleh menjejaskan jumlah air mata dengan peningkatan penyejatan air mata.
· Keadaan persekitaran seperti angin dan iklim yang kering juga boleh menjejaskan jumlah air mata dengan peningkatan penyejatan air mata.
Menurut kajian ,
air mata kita terdiri daripada 3 Lapisan . Iaitu :
1. Lapisan minyak
- Berfungsi sebagai penghalang penyejatan lapisan air.
- Berfungsi sebagai penghalang penyejatan lapisan air.
2. Lapisan air
- Membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan nutrisi.
- Membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan nutrisi.
3. Lapisan lendir (mukus)
- Berfungsi untuk penyebaran air
mata yang sekata atas permukaan bola mata.
Pendek kata , air
mata memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan kelembapan mata kita. Ahli kesihatan juga
sangat menggalakkan untuk memakai air mata palsu sekiranya seseorang itu
mengalami gejala kekurangan air mata. Malah terdapat beberapa rawatan yang lain
disarankan bagi merawat sesiapa yang mengalami masalah ini.
Untuk mengetahui
info lebih lanjut mengenai rawatan mata kering boleh tekan di pautan ini .
No comments:
Post a Comment